Wednesday 26 October 2011

Review Film: Don't Be Afraid Of The Dark

Aku tengok citer ni sebab ak ingat citer hantu, tapi bukan --' Starting citer bile sorang budak tu ngan ayah dia pindah kat dalam rumah pelukis ternama. Rumah tu memang lawa, artistik. Tapi budak pmpuan tu memang mengade-ngade pegi merayau kat belakang rumah tu. So, dorng jumpa satu bilik rahsia (studio) kat dalam rumah tu. Dalam studio tu ade sebuah lubang, dalam lubang tu lah ade makhluk tu. Makhluk tu suke budak jek. Dia tarik sape yg dorang nak dalam lubang tu.

Budak tu banyak kali cakap ngan bapak die pasal makhluk tu, but die x caye. (sape lah yg nak caye en). Tapi bakal mak tiri die caye jek. Korang tgk la selanjut nye ye~ Citer ni banyak terkejut, jalan citer biase2 je, not so bad. Boley la en.

Agak menakutkan --'






Rumah pun dh pelik


Ni budak pmpuan yg comel dlm citer uh :D


Gereje Terbesar? Kat Malaysia ?

lawa gak r


Wah, gereja terbesar asia tenggara kat Malaysia la sekarang! Some people said --> Apa nak jadi ngan Malaysia sekarang, projek gereja besar2 pgi luluskan,aish. Abislah makin ramai islam murtad. Masjid x nak pulak buat gedabak besar. Kita ni negara kristian ka ? Sebenarnya tu Calvary Conevention centre Kat dalam tu ade studio, tmpat orches, library lecture hall. Ramai blogger yang terus 'attack' gereja ni, so, post dorng nmpak gereja ni sgt teruk dan sgt x patut dibuat --' Tapi ak try tulis post ni ikut pndapat ak sndiri.

Sememangnya aku x ada masalah dengan pembangunan gereja ni, even orang dok sebok2 tentang. Aku ada pendapat aku sendiri. Firstly, bangunan tu bukan gereja, tapi convention centre yg dibangunkan oleh gereja. Aku ta kesah pun gereja tu nk buat besar mane, biar la sape pon nak luluskan projek tu. Sebab..

Yang korang dok sebok2 x bagi gereja buat besar2 tu ape pasal, bukannya ko nak pgi masjid. Kat Malaysia ni banyak gile masjid2 yg unik dan besar. Kau ade pergi ? X pgi diam. Rasulullah x larang buat gereja pun.

Let say kte pulak buat masjid paling besar di asia tenggara, x perlu pun sebab barakahnya pada orang yang datang. Yang menjadi masalah apabila ada aktiviti mengkristiankan orang Islam. Ye ke ? Aku rasa masalah kepada orang Islam tu sendiri, peganglah kepada dua perkara ,al-quran dan sunnah maka kita tidak akan sesat. Jangan sebok menyalahkan orang, tingkatkan iman sendiri.

No offence, pembangunan tu dah pun siap. Aku tak rasa menjadi masalah. Lagipun, convention centre tu boley digunakan oleh sesiapa je. Prayer hall die besar.Prayer hall pwtc besar ? Haha.



Ak x pecaye bnde kt atas ni

Aku tau mmg ramai x sokong pembangunan tu~~ Tapi x bermaksud kte kene halang atau bangkang.

*Hadis

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)
4 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

Thursday 20 October 2011

Prof Uia digantung. Jom politikan sume isu~

Untuk sesape yang tak tau pasal berita ni, sila rujuk berita harian or malaysiakini. Tapi aku akan still terangkan serba sedikit pasal isu ni.

Prof. Aziz(pensyarah paling kanan) keluarkan kenyataan mengkritik sultan selangor dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Bagi aku perkara ni tak menjadi masalah, tapi aku x suke orang politikkan isu ni. Antaranya ad org komen:

-Ni sume UMNO punye keje
-Tengoklah betapa rosak sistem kerajaan membisukan ahli akademik
-Betolla Prof. Aziz tu cakap, yang kerajaan dok kecoh nak gantung tu apsal? dia tau la, bidang dia.

OK. Firstly, yang buat keputusan gantung ialah UIA sendiri. Jangan salah faham, keputusan tu dibuat supaya siasatan lanjut dapat dijalankan dengan mudah. Dan juga salah satu jalan untuk menyelesaikan segala salah faham berikutan kenyataan tu.

Lepastu, kerajan, menteri KPT berkata tiada masalah bagi mereka yang menyokong prof. Aziz. Timbalan menteri KPT juga berharap isu ini dapat diselesaikan segera dan mohon laporan uia 'mengapa prof Aziz digantung?'

Kesimpulannya, isu ini kecoh sebab politik dan mereka-mereka yang tak paham situasi sebenar. Korang belajar kan bidang kuasa sultan ? Ok, ak tanak bagi personal komen, dangerous. hehe

Binatang apa.....?

Okay, oleh sebab dah kebosanan sangat cuti ni, aku pon tatau nk buat ape. So, post ni aku nak bagi korang teka-teki! yea~ Aku ingat lagi mase skola rendah, sume teka-teki cam soalan bodo2 jek. Haha.

Soalan ni abang aku bagi, mase raye, die memang suke bagi soalan merepek ~

Dalam banyak2 binatang, binatang ape yang, makin besar/panjang, makin banyak telor (dlm bahase yg sopan) die ? Paham tak ? Walaupun bunyi die agak lucah sket, tapi korang jawab je la. Aku taknak r letak pic binatang tu kan, nanti kene band lak blog ni. Haha.

Bley jwab kat ruangan komen of pm FB aku ~

Selalunya orang yg bagi teka-teki mesti ckap 'Sesape yg dh tau jgn jwab! nnt spoil la'. Tak rase cam bodo ke? abis tu sape je yg bley jawab. Haha. Jwab je la klo korng tau ~~

Sunday 9 October 2011

Review Film: The Three Musketeers

Dah tengok film ni? Mesti blom en? Baru je keluar beberape hari. So, in this post aku just nak citer sikit2 r pasal citer ni. Aku pegi tgk kat wangsa walk with my 2 sisters. Wangsa walk mmg mahal ouh,RM13. Tmpat len pling koman un 12 r. Tapi puas hati r tgk kt sini, seat the best ;D



Background cerita ni lebey kurang zaman2 imperial eropah dulu. Konflik berlaku antara england dan perancis. Tapi, malangnya raja france ni dh mati, so penggati die mmg muda dan x matured. Banyak la orang nak ambil kesempatan. Kat sini la bermulenye cerita pasal muskeeters. Musketeers memule ade 3, former muskeeters. (kalau x tau muskeeters tu ape, sila lah cari kt wiki). Tapi ade sorang muskeeters muda, D'agtanan. Die r watak utama dalam cerita ni, datang dari kampung. Ayah die dulu muskeeters gak. So, die travel pgi paris sebab nak cari 'adventure'. Sampai je kat paris, die 'tercari' pasal ngan 3 musketeers.bla3........



Overall, cerita ni mmg superb, aku bagi 8/10 la. Korang kene fokus sbb citer die kompleks sket sbb melibatkan konflik2 negara en. Action pon bgos gak. Yang penting, ending die mmg memuaskan ati aku.

Ade citer2 baru yg korang nk recommend ?

Signboard ?


Okay, untung korang2 yg dah ade lesen tu (ak un ad gak!) bawak kete uh pnah kene speed trap ark ? Tape la en kalau korang anak jutawan bley r bayarkan. Anyway, aku rase bawak laju2 pon cam susah gak r nak kene saman kat Mesia ni, ye dak ? Certain tempat je ad speed trap. Korang pon dh tau kat mana tempat2 yang ade polis. Hari ni ak just nak share a pic yg aku dpat mse jalan2 kat 'alamaya'. check it out ~


Korang rase wujud ke sign camni ? Pergh, kalau wujud memang best r en. Tetibe je sume slow. Polis pon pelik, asal la rakyar Malaysia ni bersopan-santun sangat en bawak kete. Polis tu tak perasan ke ? Ade possibility gak r coz die x pnah turun kereta kot, mmg die jage area tu tiap2 hari.. 

Got any awesome pic ? share some ;D

Friday 7 October 2011

Aku x puas hati ngan soalan ni --'

Firstly sory Mr K  sbb ak amik entry ni --' Aku tak puas hati ngan soklan ni, dah bape kali aku try un tak dapat jawapan yang tepat gak. Sob2. Korang yg math power tu en, konfem leh jawab nye r. Malu nak ngaku mahasiswa r klo x dpt jawab. Hahaha *terase.

Soalannye berbunyi begini

Suatu hari, ada seorang awek ni. Dia pergi ke kedai kasut untuk beli sepasang kasut. Bila dah jumpa tu, dia beli lah sepasang kasut tumit tinggi (Well, girlsss) yang bewarna hitam. Kos kasut tu adalah RM 15 dan kasut tu di jual dengan harga RM21.

Awek tu keluarkan RM50 dan mengunakan duit tu untuk membayar harga kasut tersebut. But the owner kedai kasut tu tak ada duit kecik untuk kasi duit baki. So owner kedai tu pergi la ke kedai baju yang ada kat sebelah and then exchange RM50 tu kepada duit kecil.

Kemudiannya, owner kedai kasut tu memulangkan baki sebanyak RM29 kepada awek yang beli kasut tu.

However, kemudiannya pemilik kedai baju tu perasan yang RM50 yang diberi oleh pemilik kedai kasut tu adalah duit palsu. And then, si pemilik kedai kasut tu rasa serba salah and then dia bagi balik RM50 kepada pemilik kedai baju tu.

Persoalannya, berapa banyakkah pemilik kedai kasut tu rugi dalam semua transaction di atas?

Option jawapan:
a) RM0
b) RM15
c) RM21
d) RM29
e) RM44
f) RM50
g) RM63
h) RM73
i) RM94
j) RM144
k) Others

Haaaa. Senang en ? Jawab2. Leave ur answer kt ruangan komen yek